Saturday, September 19, 2009

~ Updates??

Assalamu 'alaikum...

Di ambang Aidilfiri ini, NF mengemaskini kan blognya..hahaha..

Ramadhan tahun ini berlalu, di hantar pergi dengan kesayuan..

Sempurnakah amal kita pada bulan mulia ini?

Bagaimana sambutan Allah SWT terhadap hamba-hambaNya ini?

Sempatkah kita bertemu dgn Lailatul Qadar?

Teman-teman sekalian,

belum tentu Ramadhan menanti kita tahun hadapan.
belum tentu pintu rahmatNya terbuka luas lagi..

Cukupkah apa yang dikerjakan kali ini?

renungkanlah....



Berpindah kpd hal ehwal NF,

kami sedang bertungkus lumus menyiapkan asas-asas sebuah perkhemahan yang akan diadakan pada hujung tahun ini, iaitu di bulan Disember.

InsyaAllah semua akan berjalan lancar dan perkhemahan ini akan menjadi realiti. Ameen..

Seterusnya, pengumuman perlantikan AJK baru iaitu..

- Aminursalihin Khalid sebagai penolong setiausaha
- Nur 'Atiqah Osman sebagai pegawai perhubungan awam.

Semoga mereka dapat memberikan sumbangan yang bermanfaat dan kerjasama yang baik. InsyaAllah..

Akhir kata dari pihak NF,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

mohon maaf zahir dan batin..

Semoga bersua kembali pada Ramadhan yang akan datang...


~vice-pres..

No comments:

Post a Comment